Learn about the current market dynamics. Download the exclusive Q3 2017 Cryptocurrency Report

    Beli Bitcoin di Malaysia

    Bobby Ong January 05, 2016 - Posted by Bobby Ong on Guides

    Bitcoin adalah sejenis matawang digital yang dicipta dan dijalankan secara elektronik, di mana ia tidak dikawal oleh mana-mana pihak. Bitcoin tidak dicetak seperti dollar atau euro tetapi dihasilkan oleh orang ramai, melalui komputer di seluruh dunia menggunakan perisian yang menyelesaikan masalah Matematik. Ia merupakan contoh pertama wang elektronik dalam kategori sedang membangun, dikenali sebagai "cryptocurrency". Bitcoin boleh digunakan untuk membeli barang secara elektronik. 

    1. CoinHako

    CoinHako adalah startup Bitcoin pertama yang telah dipilih oleh inkubator teknologi terkenal Silicon Valley, Boost VC. CoinHako, yang diasaskan oleh Yusho Liu dan Gerry Eng telah dipanggil “startup terbaik dari Singapura” oleh Adam Draper, CEO untuk Boost VC. Baru-baru ini, CoinHako telah mengembangkan operasi ke Malaysia. CoinHako adalah sebuah broker Bitcoin yang memudahkan proses membeli dan menjual Bitcoin dengan hanya beberapa klik. CoinHako mengenakan caj komisen 1.9% untuk setiap pembelian dan penjualan Bitcoin. Gunakan kod promo COINGECKO untuk mendapatkan diskaun caj komisen 0.7%. 

    2. Luno

    beli bitcoin malaysia

    Luno (dahulunya dikenali sebagai BitX) muncul agak lambat tetapi ia telah menjadi salah satu laman web yang lebih baik di Malaysia. Luno adalah pertukaran Bitcoin yang mensasarkan kepada pasaran membangun dan mereka mempunyai pertukaran yang kukuh di Afrika Selatan, Kenya dan Namibia. Luno telah mengutip S$1juta dalam dana permulaan (seed funding) pada Ogos 2014, mempunyai ibu pejabat di Singapura, dan kumpulan pembangunan di Afrika Selatan.

    3. Btc.my

    Btc.my diketuai oleh usahawan Bitcoin, Arsyan Ismail menerusi syarikatnya 1337 Tech Sdn. Bhd. Arsyan yang merupakan pengasas kepada cryptomarket.my mempunyai beberapa inisiatif Bitcoin di Malaysia. Sebahagian daripada projeknya termasuklah terminal Bitcoin Point-of-Sale untuk menerima bitcoin untuk pembelian. Menurut Arsyan, cabaran terbesar dalam penerimaan bitcoin di Malaysia adalah konsepnya yang dianggap sukar difahami oleh orang ramai.

    4. LocalBitcoins

    LocalBitcoins bukanlah sebuah tempat pertukaran tetapi tempat di mana pembeli dan penjual boleh berurusan secara atas talian atau berdepan untuk mendagangkan bitcoin. Ia adalah sebuah tempat yang penting untuk membeli bitcoin dan sangat berguna untuk orang ramai membeli bitcoin pertama tanpa perlu melalui prosedur KYC (Know-Your-Customer/Kenali Pelanggan Anda) seperti yang diperlukan dalam proses pertukaran. Mendagangkan bitcoin diketahui sebagai lebih berisiko. Jadi, ambillah langkah berjaga-jaga dengan hanya membeli dengan penjual yang mempunyai review yang baik.

     

    Harga Bitcoin terkini:

    Widget Harga Bitcoin


    Bobby Ong
    About Bobby Ong — Bobby is the co-founder of CoinGecko, a cryptocurrency ranking website that gives a 360 degree overview of cryptocurrencies. Follow the author on Twitter @bobbyong

What is CoinGecko Buzz?

CoinGecko Buzz is a space for lists, guides, and insights article on Bitcoin and other digital currencies (cryptocurrencies).

Let us know what you think about this new section by sending us an email at hello@coingecko.com or tweet us at @coingecko