Bitcoin adalah sejenis matawang digital yang dicipta dan dijalankan secara elektronik, di mana ia tidak dikawal oleh mana-mana pihak. Bitcoin tidak dicetak seperti dollar atau euro tetapi dihasilkan oleh orang ramai, melalui komputer di seluruh dunia menggunakan perisian yang menyelesaikan masalah Matematik. Ia merupakan contoh pertama wang elektronik dalam kategori sedang membangun, dikenali sebagai "cryptocurrency". Bitcoin boleh digunakan untuk membeli barang secara elektronik.
1. CoinHako
CoinHako adalah startup Bitcoin pertama yang telah dipilih oleh inkubator teknologi terkenal Silicon Valley, Boost VC. CoinHako, yang diasaskan oleh Yusho Liu dan Gerry Eng telah dipanggil “startup terbaik dari Singapura” oleh Adam Draper, CEO untuk Boost VC. Baru-baru ini, CoinHako telah mengembangkan operasi ke Malaysia. CoinHako adalah sebuah broker Bitcoin yang memudahkan proses membeli dan menjual Bitcoin dengan hanya beberapa klik. CoinHako mengenakan caj komisen 1.9% untuk setiap pembelian dan penjualan Bitcoin.
2. Luno
Luno (dahulunya dikenali sebagai BitX) muncul agak lambat tetapi ia telah menjadi salah satu laman web yang lebih baik di Malaysia. Luno adalah pertukaran Bitcoin yang mensasarkan kepada pasaran membangun dan mereka mempunyai pertukaran yang kukuh di Afrika Selatan, Kenya dan Namibia. Luno telah mengutip S$1juta dalam dana permulaan (seed funding) pada Ogos 2014, mempunyai ibu pejabat di Singapura, dan kumpulan pembangunan di Afrika Selatan.
3. LocalBitcoins
LocalBitcoins bukanlah sebuah tempat pertukaran tetapi tempat di mana pembeli dan penjual boleh berurusan secara atas talian atau berdepan untuk mendagangkan bitcoin. Ia adalah sebuah tempat yang penting untuk membeli bitcoin dan sangat berguna untuk orang ramai membeli bitcoin pertama tanpa perlu melalui prosedur KYC (Know-Your-Customer/Kenali Pelanggan Anda) seperti yang diperlukan dalam proses pertukaran. Mendagangkan bitcoin diketahui sebagai lebih berisiko. Jadi, ambillah langkah berjaga-jaga dengan hanya membeli dengan penjual yang mempunyai review yang baik.
Harga Bitcoin terkini:
Widget Harga Bitcoin
Bobby Ong
Bobby is the co-founder of CoinGecko, a cryptocurrency ranking website that gives a 360 degree overview of cryptocurrencies. Follow the author on Twitter @bobbyong